Dari Awal, Hafiz Hamidun Yang Tergesa-Gesa Nak Menikah Dengan Saya Kerana Mahukan Sesuatu – Joy Revfa

Hiburan

Dari Awal, Hafiz Hamidun Yang Tergesa-Gesa Nak Menikah Dengan Saya Kerana Mahukan Sesuatu – Joy Revfa

Walaupun sudah menjadi kes mahkamah, sehingga ke hari ini Joy Revfa dan Hafiz Hamidun saling berbalas kenyataan untuk membela diri masing-masing di media. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri dan yakin berada di pihak yang benar. Sebelum ini, Hafiz Hamidun telah meminta Joy Revfa agar mengambil serius dan tidak main-main di dalam hal permohonan faraq nikah mereka. Kali ini, giliran Joy Revfa pula meminta Hafiz Hamidun berhenti daripada memanipulasikannya.

joy revfa

Advertisement

Menurut Joy, Hafiz Hamidun kelihatan seperti tergesa-gesa untuk bernikah dengannya seolah-olah mahukan sesuatu. Kata Joy:-

Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius. Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas… pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.

Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai.

Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi.

Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.

joy revfa

Joy juga turut mendakwa surat pernikahannya dengan bekas suami terdahulu telah disebarkan oleh kawan baik Hafiz Hamidun. Kata Joy lagi:-

Netizen dapat hidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya.

Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.

Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung. Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja

hafiz

Pernikahan adalah satu perkara yang elok dan sekiranya berkemampuan memang wajar disegerakan. Entalah Abang Nara pening dengan kenyataan daripada mereka berdua ini. Kita tunggu dan lihat sahaja keputusan dari mahkamah. Sama-sama kita nantikan. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...