Hangat diperkatakan sejak minggu lalu mengenai kisah kecurangan pelakon Hafidz Roshdi dengan seorang wanita yang bernama Athira Yuhada.
Tidak cukup dengan itu, timbul pula kisah mengenai pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu yang dikatakan telah bertindak menumbuk muka isterinya, Nurul Shuhada ketika mereka berbincang di dalam kereta.
Malah, perkara itu turut disahkan oleh keluarga Shuhada sendiri dan mereka juga memaklumkan bahawa ibu kepada dua anak itu berada dalam keadaan stabil selain laporan polis juga telah dibuat bagi tujuan undang-undang dan tindakan seterusnya.
Terbaru, menerusi sebuah blog hiburan, wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Hafidz Roshdi dan isterinya itu ada memuat naik status yang menyentuh soal fitnah di Instagram.
Ramai berpendapat bahawa Athira cuba menangkis dakwaan Shuhada yang sebelum ini ‘menyindirnya’ tentang kenyataan untuk tidak menghubungi Hafidz lagi.
Dalam pada itu, ada netizen merasakan Athira cuba untuk mempertahankan diri sendiri dengan menggunakan dalil agama pula.