Muat Naik Foto Wajah Berlumuran Darah, Isteri Hafidz Roshdi Ditumbuk?

Hiburan

Muat Naik Foto Wajah Berlumuran Darah, Isteri Hafidz Roshdi Ditumbuk?

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi hari ini mencuri tumpuan netizen apabila dia ada memuat naik foto memaparkan wajahnya yang cedera parah.

Menjengah ke satu ruangan blog hiburan, ada individu mendakwa Shuhada telah ditumbuk oleh suami, Hafidz Roshdi dan telah memuat naik kembali foto berkenaan.

Advertisement
ShuhadaSumber : Instagram  

Dalam hantaran itu, Shuhada telah mengambil swafoto wajahnya yang cedera di bahagian mata dan pipi.

Pelakon lelaki tumbuk
2023-03-02 16:21:58

Tumbuk Muka Isteri Berkali-Kali, Pelakon Lelaki Popular Kini Jadi Buruan

ShuhadaSumber : Instagram  

Sementara itu, Shuhada ada memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama kepada media dan sahabat yang menghubunginya kerana sedang menerima rawatan di hospital pada ketika ini.

Katanya lagi, dia akan mendedahkan sesuatu setelah menerima rawatan kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram