Tumbuk Muka Isteri Berkali-Kali, Pelakon Lelaki Popular Kini Jadi Buruan

Hiburan

Tumbuk Muka Isteri Berkali-Kali, Pelakon Lelaki Popular Kini Jadi Buruan

Memetik Harian Metro, isteri kepada pelakon lelaki telah tampil membuat laporan polis setelah dia mendakwa dirinya menjadi mangsa kekejaman suaminya sendiri.

Menurut si isteri, suaminya yang juga pelakon itu telah ditumbuk di bahagian mata sehingga cedera.

Advertisement

Dia kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Jinjang sekitar jam 6.30 pagi tadi.

TumbukSumber : Google  

Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan R&R sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.

Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar yang dihubungi telah mengesahkan mengenai perkara itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

1 year ago

"Doakan Shu Kuat" - Bekas Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...