Tular Wanita Menangis Atas Pelamin, Pengantin Lelaki Lari Sebab Kecewa Majlis Dibuat Besar-Besaran

Kehidupan

Tular Wanita Menangis Atas Pelamin, Pengantin Lelaki Lari Sebab Kecewa Majlis Dibuat Besar-Besaran

Kisah dari negara jiran kita ini sedikit berbeza daripada yang selalu didengari. Seorang wanita dari wilayah Nusa Tenggara Barat ditinggalkan teman lelakinya ketika hari perkahwinan mereka.

Menurut laporan, lelaki tersebut tidak hadir dan disedari melarikan diri menyebabkan pengantin perempuan itu duduk di pelamin seorang diri ditemani air mata.

Advertisement

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya menjejaki lelaki bernama Muhammad Riski Dalaga itu pada 8 Februari lalu selepas pengantin perempuan, Wanda Wulandari membuat laporan polis.

Ketua Polis Dompu AKBP Iwan Hidayat berkata ketika ditanya Riski menjawab dia enggan bersanding membuatkannya melarikan diri ke Kota Mataram.

Akuinya, sebelum ini permintaannya untuk tidak mengadakan majlis resepsi tidak diendahkan.

Dia hanya mahu majlis itu dihadiri ahli keluarga, namun, dia bertindak melarikan diri selepas mendapati majlis resepsi diadakan secara besar-besaran.”

Terdahulu, tular di media sosial pengantin perempuan bersanding sendirian pada 7 Februari lalu sambil menangis teresak-esak.

Meskipun begitu, Wanda dipuji kerana tetap bersalaman dan melayani tetamu yang hadir.

Difahamkan, perkahwinan mereka boleh ditunda jika tidak kerana Wanda kini sudah berbadan dua. Katanya,

Jika saya tidak berbadan dua, saya sanggup menantinya bertahun-tahun.”

Riski dilaporkan berjanji akan bernikah dengan Wanda selepas polis mengadakan perbincangan bersama keluarga pasangan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

3 years ago

"Dia Nak Aku Pakai Baju Hello Kitty Naik Pelamin?" - Pengantin Kecewa Baju Tak Sama Seperti Contoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...