Baru-baru ini, tular di Facebook perkongsian seorang wanita yang membatalkan tempahan pakej baju pengantin ‘custom made’ pada saat-saat akhir.
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya tidak berpuas hati dengan hasil daripada butik pengantin itu yang terletak di Melaka.
Menerusi entri tersebut, antara perkara yang dibangkitkan adalah warna baju yang tidak sama seperti diminta, pemilihan kain dan beberapa isu lain. Malah, menurutnya baju dari butik itu seperti ‘hello kitty’ dan membuatkannya nampak ‘berisi’.
Aku deal awal gila and hasilnya macam tu? Dia nak aku pakai baju hello kitty naik atas pelamin?”
Disebabkan itu, dia membuat keputusan ‘gila’ dengan membatalkan pakej berkenaan 17 hari sebelum majlis persandingannya berlangsung.
Baca perkongsian penuh di sini:
Selepas perkongsian itu tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, pihak butik pengantin itu tampil memberikan kenyataan balas.
Berdasarkan entri di Facebook, individu yang mewakili butik itu telah menjawab 7 isu berbeza yang dibangkitkan oleh pelanggannya.
Katanya, butik perlu menanggung kerugian disebabkan pengantin itu membatalkan tempahannya pada saat akhir.
Dia turut akui tidak takut untuk menjawab kerana pihaknya bercakap benar. Baca penjelasannya di bawah:
Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang profesional dan semoga kedua-dua pihak dapat mencapai penyelesaian yang terbaik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Anonymous
February 10, 2022 at 1:28 pm
BG AKU SIMPLE JE… BKN NK BODY SHAMING YE… KALU BGN BESAR GEMPAL OR CUBBY, ELOK PAKAI BJ JENIS CMNI SERIUS AKU CKP X CNTIK..KO KONA LA MANE2 PN MMD X CNTI. MAKANYE BUAT JELA KURUNG MODEN KE KEDAH KE KEBAYA KE MMG KENA. TP TUK DRESS CMNI.. KO TGK PN BOLE TAU CMNE KAN SO JGN SALAHKN BUTIK… BUTIK AKAN BUAT APE YG KO MINTAK SB TU CARA DORANG NIAGA.
tecit
February 9, 2022 at 10:06 am
hmm tp mmg nmpk burok die pkai. aku rase cust tu salah ckp color soft pink. sepatotnye dusty pink. kdg2 lain org lain matenye memandang. name lain kdg2 kte igt kaler lain. gitu. sbb tu cust tu mrh sbb xconsult die sblm beli. patot mase sesi pilih kain on the first tu kene tnye cust dlu. tp mmg buroks. sbb adik tu kate die tailor dah btolkan pon mase fitting tp still buroks roman eaa. haha. aku tgk last2 baju kawen die cam warne off white/cream gitu. lg cantikk. terbaikk dik.