“Jangan Buat Naya Orang Dik” – Pasangan Pengantin Redah Banjir, Kotorkan Baju Sewa Demi ‘Photoshoot’?

Kehidupan

“Jangan Buat Naya Orang Dik” – Pasangan Pengantin Redah Banjir, Kotorkan Baju Sewa Demi ‘Photoshoot’?

Musim banjir ketika ini juga merupakan dugaan dan menjadi cabaran buat pasangan pengantin yang sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, ada juga kisah di mana pengantin menjadi kreatif untuk merakamkan detik hari bahagia mereka meskipun sewaktu banjir melanda.

Advertisement

Itulah yang dilakukan oleh dua pasangan raja sehari dari Alor Gajah, Melaka baru-baru ini namun tindakan mereka sebaliknya menerima kritikan daripada netizen.

Pengantin
2 years ago

Pengantin Batal Majlis Kahwin, Jamu Lauk Kenduri Buat Mangsa Banjir

Menerusi sebuah video yang viral di TikTok, empat mempelai tersebut dilihat ceria dan gembira meredah banjir untuk merakamkan gambar mereka.

Namun, ramai netizen yang menonton aksi mereka itu mengkritik pasangan tersebut kerana memikirkan persalinan yang mereka gayakan basah, kotor dan berbau busuk disebabkan terkena air banjir.

Malah, ramai yang turut memikirkan nasib pemilik butik gaun pengantin jika sekiranya ianya disewa oleh mereka.

Demi sebuah content, make sure lepas tu keluar bajet sikit pergi hantar dobi baju-baju sewa tu. Jangan buat naya orang dik.”

@haraaaaa_

#ditaja Ootd banjir ?..#fyp #fypsounds #tiktok #haraaaa_ #fypdongggggggg

? Selamat Pengantin Baru – Pengantin

Tidak dinyatakan oleh pemilik video tersebut sama ada persalinan gaun pengantin tersebut adalah sewaan dari butik atau pun tidak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...