Kecoh di media sosial harini apabila tular video memaparkan seorang individu mirip pendakwah terkenal, Ebit Lew yang berkelakuan tidak sopan di atas katil.
Seolah tidak berkesudahan, isu yang melibatkan Ebit Lew pastinya menjadi tumpuan dan perhatian netizen dan peminat yang menyanjungi pendakwah itu terutamanya.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan video yang tular dengan pantas itu, timbul dakwaan yang mengatakan ada usaha wujud daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Ebit Lew.
Semakan di Twitter dan Facebook yang menggunakan carian kata kunci ‘Ebit Lew’ sekaligus membawa kepada penemuan beberapa twit dan komen yang sedang hangat memperkatakan mengenai isu tersebut.
Namun, cubaan sebuah portal media untuk mendapatkan respon dan jawapan kepada dakwaan yang berlegar kini masih gagal kerana Ebit Lew dilaporkan masih lagi tidak berhasil.
Berani betul PU Rahmat expose tentang Ebit Lew. Tak takut kena saman ke?
Apabila ditanya bila nak reveal full story, PU Rahmat menjawab “Belum. Masih menunggu arahan pihak berkuasa”.
Maksudnya apa? Adakah laporan polis sudah dibuat? pic.twitter.com/Wz6uyksyon
— Ferdaus ?? Palestine Warrior (@ferdaus____) July 26, 2021
Terdahulu, nama Ebit Lew hangat disebut-sebut oleh pengguna media sosial apabila penyanyi rap Caprice ada mendedahkan mengenai misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini.
Ia turut mengheret nama-nama pendakwah lain seperti Muhammad Nadir Al-Nuri, Firdaus Wong dan juga Pencetus Ummah (PU) Rahmat ke dalam kancah pergolakan yang terbaru ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.