Semalam, tular di media sosial apabila sebuah video pendek memaparkan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sedang mencuci sebuah kawasan yang sudah terlihat bersih daripada banjir sehingga mencetuskan kontroversi dan kritikan daripada orang ramai.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil membuat kenyataan mengenai perkara itu dan meminta warga maya tidak berterusan membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha Rina dalam Operasi Pasca Banjir.
Menurut kenyataan itu, pihak JKM telah mengaturkan proses pembersihan di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) untuk mangsa banjir.
JKM amat berbesar hati atas kesudian YB Datuk Seri Rina untuk turut serta dalam operasi ini.
JKM selaku Jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian beliau untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan selama ini.
Jelas agensi itu lagi, Datuk Seri Rina telah berlapang dada dan dengan hati terbuka membantu untuk melakukan kerja tersebut dengan menggunakan waterjet yang sedia ada.
Terdahulu, DS Rina dikecam hebat oleh warga maya apabila dia dilihat sedang menyembur kawasan longkang dan koridor yang sudah bersih daripada sebarang sisa banjir.
Video itu telah menjadi pertikaian warga maya yang menyelar tindakan Rina kerana seolah-olah sedang ‘berlakon’ di hadapan kamera hanya untuk tujuan mengambil gambar dan video.
Anonymous
December 28, 2021 at 8:32 am
Mcm sia l
politikus tahi
December 27, 2021 at 7:35 pm
bila org melayu bodoh pegang jawatan
Anon
December 27, 2021 at 12:37 pm
Dia buta warna. Nampak simen kaler hijau lumut.
anonymous
December 27, 2021 at 11:48 am
tak de maruah kau sendiri tahu kau hina dan bangsat apa lagi letak jawatan laa dah la malas makan gaji buta