Kerajaan Tak Berhasrat Luluskan Pengeluaran KWSP – PM Ismail Sabri

Berita

Kerajaan Tak Berhasrat Luluskan Pengeluaran KWSP – PM Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan ketika ini tidak berhasrat unutk meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000 meskipun ramai yang terjejas dengan tragedi banjir baru-baru ini.

Ujar Ismail, ramai rakyat akan berisiko menjadi miskin tegar apabila bersara nanti.

Advertisement

KWSP

Tambahnya, kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan dan dana yang mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara serta bersedia menambah peruntukan.

Jika ada yang mahu buka perniagaan, TEKUN menawarkan pinjaman mudah RM10,000 tanpa faedah dan moratorium selama setahun.

Bagi yang mahu membeli barang keperluan rumah, Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan pinjaman persendirian RM10,000 tanpa faedah dan moratorium selama enam bulan.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan supaya permohonan pasca banjir dilakukan secara efisien dan dalam talian.

Advertisement

Tambahnya lagi, pihak berkuasa akan meletakkan insinerator bergerak atau mudah alih di kawasan terjejas banjir bagi tujuan melupuskan sampah sarap di kawasan bencana itu.

Difahamkan,alat pelupusan sampah itu kini hanya terdapat di Bukit Changgang dan Banting, seperti yang dilaporkan Kosmo Online.

Asyraf Wajdi Dusuki
4 minggu lalu

Rakyat Bukan Suka-Suka Tuntut, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Minta Kerajaan Pertimbang Pengeluaran RM10K KWSP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. ...

    December 27, 2021 at 12:07 pm

    DUIT SENDIRI PUN KENA MENGEMIS KE?! KONON DAH BERSARA JADI MISKIN TEGAR. BELUM TENTU MERASA DUIT KWSP KALAU AJAL MAUT SAMPAI DULU. KERAJAAN MISKIN, PEMIMPIN LAKNAT.

  2. Anon

    December 27, 2021 at 4:18 am

    PERHIMPUNAN PADA 31HB DISEMBER 2021 DI JALAN RAJA LAUT (MASJID JAMEK) PAGI SAMPAI PETANG. SILA PAKAI T-SHIRT PUTIH DAN BAWA SEPANDUK.

    Kwsp dah kering tak da duit. Yg MANGKOK2 bantah pengeluaran tu, boleh jd mereka yg ambik duit kwsp. PM PAK MAIL PALING BAHALOL DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN NEGARA. KERAJAAN GAGAL!.

    • anonymous

      December 27, 2021 at 9:32 am

      ya la aku pun syak dana kwsp dah surut sebab tu dia tak kasi withdraw bayangkan 10k kalau 100k pencarum dah 1billion mampoiii

  3. Anonymous

    December 26, 2021 at 7:39 pm

    Aduhai, sekarang la masa paling sesuai. Musibah ni pun sbb lebuhraya Ekve kan.. Kerjaaan jugak beria..

  4. anonymous

    December 26, 2021 at 5:12 pm

    PM paling BANGSAT LAKNAT kami semua doakan kau ditimpa musibah biar terus terlungkop baru kau tahu macamana orang susah rasa …sebab kau cuma ‘bernasib baik’ sahaja bukan ada tokoh atau pengalaman untuk jadi leader tak pernah ada pun profail kau sebelum ini tak ada apa pun kau menteri paling gagal sebelum ni kau ‘bernasib baik’ sahaja

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...