Rakyat Bukan Suka-Suka Tuntut, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Minta Kerajaan Pertimbang Pengeluaran RM10K KWSP

Berita

Rakyat Bukan Suka-Suka Tuntut, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Minta Kerajaan Pertimbang Pengeluaran RM10K KWSP

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dusuki selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno menggesa mana-mana pihak sama ada kesatuan sekerja mahupun kerajaan tidak menggunakan alasan simpanan hari tua berikutan permohonan pengeluarang wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM10,000.

Khairy Jamaluddin
2 years ago

62 Kes Baru Varian Omicron COVID-19 Dikesan Di Malaysia - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

Advertisement

Ujar Wajdi, ramai rakyat kini terbeban dengan situasi pasca PKP di mana kebanyakan mereka telah hilang punca pendapatan akibat diberhentikan, dicutikan tanpa gaji, dipotong gaji dan pendapatan tidak menentu sejak awal tahun lalu.

KWSP

Sudahlah dibebani komitmen yang tinggi serta hutang tertunggak, kini ramai pula yang diuji dengan kehilangan dan kerosakan harta benda akibat  musibah banjir baru-baru ini.

Sudah jatuh ditimpa tangga, ada yang tiada pilihan lain terpaka meminjam daripada sindiket pinjaman wang tidak berlesen yang pastinya akan mendatangkan lebih mudarat dan keburukan.

Benar, bantuan wang ihsan RM1,000 dijanjikan kerajaan untuk mangsa banjir, namun jumlah tersebut sekalipun dapat mengurangkan beban tetapi belum mencukupi.

Benar, alasan Menteri Kewangan dan disokon pula kesatuan sekerja bahawa rakyat harus berwaspada simpanan hari tua. Namun, kondisi rakyat ketika ini menuntut tindakan di luar norma biasa.

Perkara tersebut dizahirkan Wajdi menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya, semalam.

 

Menurutnya lagi, kebanyakan yang menuntut pengeluaran itu adalah daripada kalangan mereka yang masih mempnyai wang tersimpan di KWSP yang banyak dan maka atas sebab itulah mereka memohon pengeluaran tersebut.

“Jika peluang terakhir diberikan, Pemuda UMNO percaya rakyat boleh mulakan kehidupan baharu dan bekerja lebih kuat untuk menampung caruma demi keperluan hari tua nanti.” tambahnya.

Sehubungan itu, Wajdi menegaskan bahawa Pemuda UMNO akan terus konsisten berjuang mengenai tuntutan pengeluaran itu kerana ramai yang mengadu kepada pihak mereka agar pengeluaran tersebut dapat diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...