62 Kes Baru Varian Omicron COVID-19 Dikesan Di Malaysia – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

Berita

62 Kes Baru Varian Omicron COVID-19 Dikesan Di Malaysia – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sebuah kenyataan media memaklumkan bahawa terdapat 62 kes varian Omicron COVID-19 telah dikesan di Malaysia setakat ini.

Khairy berkata daripada 62 kes tersebut, 61 adalah kes jangkitan import dari luar negara dan satu lagi masih dalam siasatan dan disyaki penularan tempatan.

Advertisement

Bagi 1 kes penularan tempatan ianya dilaporkan di Sarawak pada hari Jumaat, 24 Disember melibatkan seorang waga China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di negeri itu selama tiga tahun dan tidak mempunyai sejarah melancong ke luar negara.

 

Dia yang mengalami batuk dan demam sejak 13 Disember kemudiannya menjalani ujian COVID-19 pada 18 Disember dan didapati positif.

Lelaki itu kemudian telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawatk pada Isnin (20 Disember).

Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong dari 15 Disember hingga 21 Disember 2021.

 

Dan daripada 145 sampel yang diambil, 60 daripadanya telah menunjukkan keberangkalian untuk menjadi varian Omicron dan pda 24 Disember, 45 daripada 60 sampel ini telah diklasifikasin sebagai Omicron.

Manakala Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti di UNIMAS turut mengesan empat lagi kes Omicron.

“Daripada 49 kes baharu itu, 30 adalah jangkitan import dari Arab Saudi, yang berlaku dalam kalangan pelancong yang pulang ke Malaysia selepas menunaikan umrah. Sebilangan besar daripada mereka tidak mematuhi peraturan kuarantin di rumah.” maklum Khairy lagi.

Difahamkan, jemaah umrah yang sepatutnya menjalani kuarantin kendiri tidak melakukan demikian dan ada menerima tetamu semasa tempoh kuarantin, lapor The Star.

Ismail Sabri
3 years ago

Batal Percutian Sehingga Selesai Masalah Banjir, PM Arah Menteri Pulang Ke Tanah Air

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...