Batal Percutian Sehingga Selesai Masalah Banjir, PM Arah Menteri Pulang Ke Tanah Air

Berita

Batal Percutian Sehingga Selesai Masalah Banjir, PM Arah Menteri Pulang Ke Tanah Air

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agar jemaah menteri yang kini sedang bercuti di luar negara agar membatalkan segera dan pulang ke tanah air sehingga masalah banjir selesai sepenuhnya.

Perkara tersebut dimaklumakn Ismail Sabri ketika sesi sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, semalam.

Advertisement

“Mereka (menteri) yang masih belum bercuti atau sebagainya, batalkan percutian masing-masing sehingga selesai semua masalah banjir ini.” arah Perdana Menteri.

Ismail turut menegaskan bahawa menteri-menteri yang masih belum bercuti atau sudah memulakan tempoh cuti agar membatalkan segera dan mengemas kini keadaan terkini di kawasan terjejas banjir bawah seliaan mereka.

“Menteri yang ada di luar negara yang boleh balik, balik segera supaya kita bersama-sama dengan rakyat yang sedang kesusahan ini.” katanya lagi.

Rina Harun
12 bulan lalu

"Tak Perlu Ada #DoNotDonateHere, Penerima Bantuan Dapat Manfaat Itu Yang Penting" - Rina Harun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    December 25, 2021 at 10:36 am

    kau letak jawatan lah sampai sekarang aku hairan macamana kau boleh jadi PM kalau macam kau ni pun boleh terlepas jadi PM,azwan ali pun boleh kalau gitu

Loading...