“Tak Perlu Ada #DoNotDonateHere, Penerima Bantuan Dapat Manfaat Itu Yang Penting” – Rina Harun

Berita

“Tak Perlu Ada #DoNotDonateHere, Penerima Bantuan Dapat Manfaat Itu Yang Penting” – Rina Harun

Seperti kita tahu, baru-baru ini tular di media sosial topik berkenaan #DoNotDonateHere yang matlamatnya mengajak orang ramai supaya tidak menderma di tabung bantuan bawah kerajaan.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun memberi respon berkenaan hal itu dan berkata ianya tidak wajar untuk dilakukan ketika ini memandangkan negara sedang dilanda bencana besar.

Advertisement

Ketika ditemui oleh pihak Astro Awani selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan semalam, Rina Harun berkata sumbangan yang diterima akan dapat disumbangkan semula kepada rakyat.

Dalam keadaan sekarang tidak perlu ada ‘hashtag’ (tanda pagar) sebegitu. Penerima bantuan dapat manfaat, itu yang penting.

Rina Harun pakai kasut tinggi di PPS

Bertanyakan tentang isu beliau dikecam oleh netizen apabila terdapat satu rakaman video memaparkan dirinya memakai kasut tumit tinggi ketika membuat lawatan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Jalan Klang Lama, Ahad lalu, Rina merasakan penampilannya itu tidak sepatut menjadi satu isu buat netizen.

Advertisement

Katanya, pada hari terbabit beliau turut menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dan segera bergegas menuju ke PPS selepas tamat ucapan dari Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

PPS tak dibenarkan kongsi barang
3 minggu lalu

PPS Penuh Dengan Barang Bantuan Tapi Tak Dibenarkan Kongsi? Sukarelawan Berang 'Dimaki' Pihak Atasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    December 24, 2021 at 6:06 pm

    kau ni sesuai jadi pengasas produk kurus,kau jual bengkung la senang boleh pakai bengkung 24jam ,kau jadi menteri pun macam taik makan gaji buta

  2. Anonymous

    December 24, 2021 at 5:16 pm

    Buat majlis beriya smpi bantuan lambat n pengurusan pengagihan berkira ni boleh pulak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...