PPS Penuh Dengan Barang Bantuan Tapi Tak Dibenarkan Kongsi? Sukarelawan Berang ‘Dimaki’ Pihak Atasan

Berita

PPS Penuh Dengan Barang Bantuan Tapi Tak Dibenarkan Kongsi? Sukarelawan Berang ‘Dimaki’ Pihak Atasan

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform media sosial popular, TikTok apabila seorang sukarelawan wanita berkongsikan satu cerita dengan perasaan marah serta sedih dengan tindakan orang atasan ‘mengawal’ barang bantuan banjir di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Difahamkan melalui dakwaan wanita itu, barang-barang bantuan di tempat PPS dirinya menjadi sukarelawan itu dipenuhi dengan pelbagai barang dari segi pakaian, tuala wanita, ubat-ubatan dan banyak lagi, namun semuanya disekat.

Advertisement

Menurut beliau, orang ramai yang menetap disana turut berasa ‘takut’ untuk meminta barang-barang yang ada kerana bimbang dimarahi dengan petugas disitu.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu sukarelawan disana tidak pernah menghalang mangsa banjir yang menetap disana untuk mengambil barang-barang yang ada di dalam dewan itu biarpun mereka meminta banyak kali.

Alangkah terkejutnya mereka apabila sudah empat hari menjadi sukarelawan di PPS Putra Height itu, secara tiba-tiba di maki pihak atasan ketika membuat lawatan disana.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasa berang apabila mendengar perkongsian itu dan menganggap hal tersebut sepatutnya tidak terjadi kerana bantuan seharusnya dikongsi bukan disekat.

Hmm.. macam mana boleh jadi macam ni?

Jangkitan Covid-19 di PPS
2 years ago

Bimbang Jangkitan Covid-19 Di PPS, Wanita Sanggup Tidur Dalam Kereta Bersama Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...