Bimbang Jangkitan Covid-19 Di PPS, Wanita Sanggup Tidur Dalam Kereta Bersama Keluarga

Berita

Bimbang Jangkitan Covid-19 Di PPS, Wanita Sanggup Tidur Dalam Kereta Bersama Keluarga

Menurut laporan Harian Metro, seorang wanita nekad tidur di dalam kereta bersama suami dan anaknya disebabkan risau berikutan penularan Covid-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

2 years ago

"Truly Legend!" - Netizen Puji 'Abang Azwan', Bawa Bot Dari Melaka Untuk Bantu Mangsa Banjir

Advertisement

Menurut wanita bernama Ernie Watini Aznan itu, pada mulanya dia ke PPS berdekatan rumahnya di Kampung Sri Tanjung.

Namun, ada individu yang memberitahunya bahawa terdapat kes Covid-19 membabitkan mangsa banjir ketika saringan sebelum memasuki tempat pemindahan tersebut.

Kemudian saya bersama suami, Zaiful Ahrul Ahmad Zailan dan anak, Muhammad Darwish ke PPS lain, sebelum dimaklumkan ia sudah penuh menyebabkan kami nekad tidur di dalam kereta sahaja.

Tambah Ernie, dia merasakan untuk duduk di dalam kereta lebih selamat melihat keadaan kes Covid-19 di negara ini yang masih belum reda walaupun tidak selesa dan anaknya mengeluh kerana tidak dapat pergi ke tempat lain.

Ernie turut memberitahu yang mereka hanya keluar untuk membersihkan diri di masjid berdekatan dengan berjalan kerana minyak kereta sudah habis.

Ujar wanita tersebut lagi, banyak jalan yang ditutup menyebabkan mereka perlu mebggunakan laluan jauh untuk mengisi minyak kenderaan.

Syukurlah kini terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mula memasuki kawasan ini untuk memberikan bantuan makanan kepada kami.

Dalam pada itu, Ernie sempat juga memberitahu yang dia tidak menyangka kejadian tersebut akan menimpa mereka kerana belum pernah kejadian banjir besar seperti itu berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...