Tular Video Pakcik Hulur Tangan Nak Bersalaman, Najib Razak Tak Layan?

Berita

Tular Video Pakcik Hulur Tangan Nak Bersalaman, Najib Razak Tak Layan?

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan bekas Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan bantuan di satu pusat penempatan sementara (PPS) di sebuah sekolah.

Hal yang membuatkan video terbabit menjadi ‘viral’ di kalangan warganet adalah apabila terlihat seorang pakcik tua menghulurkan tangan untuk bersalaman bersama beliau.

Advertisement

Najib ketika itu terlihat sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tidak menghiraukan pakcik tersebut, sebaliknya hanya menyerahkan beg berisi barang keperluan kepadanya dan menepuk bahu warga emas itu sebelum beredar.

Melihat pada ruangan komen hantaran itu, rata-rata mempersoalkan tindakan Najib berikutan isu tidak berjabat tangan, menepuk bahu dan cara beliau menghulurkan beg berisi barang keperluan itu kepada warga emas tersebut.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang memerli ahli parlimen Pekan itu memakai jaket keselamatan ketika memberi bantuan kepada mangsa banjir di sekolah berkenaan.

Twitter kecam Najib Sumber : Twitter 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Baru Lepas Sesi Fotografi" - Raysha Bertegas Tiada Istilah Langgar SOP, Dedah Apa Sebenarnya Berlaku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...