Tular Resit Harga Sotong RM100, Pelanggan Mohon Maaf Pada Pengusaha Restoran

Berita

Tular Resit Harga Sotong RM100, Pelanggan Mohon Maaf Pada Pengusaha Restoran

Pelanggan restoran nasi kandar terkemuka di Pulau Pinang yang tular sebelum ini gara-gara harga makanan berupa sotong mencecah RM100 untuk 2 ekor tampil membuat permohonan maaf kepada pemilik restoran berkenaan.

Pengarah restoran nasi kandar Hameediyah, Muhammad Riyaz memaklumkan bahawa pelanggan tersebut telah memohon maaf kepada pihak mereka menerusi hantaran mesej di aplikasi WhatsApp pada Rabu lalu dan turut memuat naik permohonan maaf tersebut di Facebook rasmi mereka, semalam.

Advertisement

Ujar Riyaaz, wanita itu mengaku ada memuat naik resit tersebut di media sosial namun bukanlah bertujuan untuk mempertikaikan harga hidangan sotong goreng berkenaan.

Pelanggan wanita itu menjelaskan harga sotong tersebut memang harga yang sepatutnya kerana bersaiz besar dan tidaklah terlalu mahal.

 

Dakwa Riyaaz, tindakan itu telah disalah erti masyarakat berikutan ada pihak lain yang kemudiannya menyunting foto resit tersebut dengan kapsyen seolah-olah menggambarkan harga yang dikenakan pihak restoran terlalu mahal dan melampau.

Manakala bagi tindakan lanjut, Riyaaz memberitahu bahawa pihaknya belum bercadang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Namun jelasnya, perkara yang tular itu sedikit sebanyak telah memberi reputasi yang buruk terhadap restoran mereka.

Sotong RM100
2 years ago

Sotong 2 Ekor RM100 Jadi Tumpuan Netizen, KPDNHEP Beri Notis Kepada Peniaga Restoran Nasi Kandar Terkenal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...