Memetik laporan Sinar Harian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang dilaporkan telah mengeluarkan notis pengesahan maklumat barangan terhadap pengusaha sebuah restoran nasi kandar terkemuka di negeri itu.
Ini berikutan tular kisah sotong goreng yang dijual pada harga RM100 untuk 2 ekor yang dibangkitkan seorang pengguna media sosial, semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar yang memaklumkan notis tersebut telah dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP 2011).
Ridzuan juga memberitahu bahawa sekumpulan penguat kuasa agensi berkenaan telah menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas premis tersebut yang terletak di Lebuh Campbell, Georgetown selepas tularnya insiden tersebut.
Pengusaha dikehendaki memberikan maklum balas notis dalam tempoh dua hari bekerja atau sehingga 26 November ini kepada pejabat Cawangan Timur Laut.
Jika gagal, pengusaha restoran tersebut boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 AKHAP 2011.
Tular di media sosial semalam apabila seorang pengguna telah memaparkan resit menu makanan yang tertulis harga bagi dua ekor sotong ialah RM100, sepinggan nasi beriani kosong (RM4.50), nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Terdahulu, pengusaha restoran terbabit tampil menjelaskan bahawa harga kesemua makanan yang dijual telah disenaraikan dengan jelas termasuk harga hidangan sotong tersebut yang dianggarkan bernilai antara RM10 dan RM150.
“Sotong goreng ‘apollo’ ini tidak murah. Kami sendiri membelinya pada harga RM35 hingga lebih RM40 sekilogram. Malah harga di pasaran juga sentiasa berubah-ubah.” jelas Muhammad Riyaaz selaku pengarah restoran nasi kandar yang tular itu.
Tempura Shrimp
November 25, 2021 at 3:51 pm
Aku pernah kena restaurant ni ..telur rebus sebijik rm17.00 …kang kena jerit mamak cashier tu …. Baru di tukarnys rm1.70 .. ( kisah benar)
Anon
November 25, 2021 at 12:11 pm
Besar jgk sotongnya. Ni kalau rajin makan ni sebelum umo 40 dah tak boleh berjalan sbb kena Gout. Go vegetarian sekali sekala. Good utk buang toksin dlm badan.
Anon
November 25, 2021 at 12:07 pm
Moral of the story: sebelum mencekik pastikan duit cukup. Tanya dulu harga kalau tak biasa ambik benda2 pelik. Nanti harga pun pelik. Org pun jadi pelik lagi mempelik.
kemm
November 25, 2021 at 10:54 am
skarang ni, dpt bil lepas mkn upload kat socmed. so kementerian baru leh wat keje.. sblom ni report kat kementerian, takde pun tindakan. ini maknanye penguatkuasa tgk socmed, berbanding tgk aduan org ramai.