Tular Rakaman Shah Rukh Khan Tunai Umrah Dikawal Ketat Oleh ‘Bodyguard’, Netizen Tanya – “Betul Dia Eh, Bukan Copy Ori?”

Hiburan

Tular Rakaman Shah Rukh Khan Tunai Umrah Dikawal Ketat Oleh ‘Bodyguard’, Netizen Tanya – “Betul Dia Eh, Bukan Copy Ori?”

Kelibat pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) ketika mengerjakan ibadah umrah mengejutkan ramai yang turut berada di sana.

Video SRK memakai ihram ketika di tanah suci Mekah tular di media sosial dan bintang filem tersebut dilihat dikawal ketat oleh pengawal peribadinya sebelum memasuki Masjidil Haram.

Advertisement

Ramai peminatnya dari India meluahkan rasa teruja dan pada masa yang sama turut sebak apabila mendapat tahu pelakon kegemaran mereka akhirnya menjejakkan kaki di tanah suci.

Sementara itu, menerusi video yang dimuat naik oleh mStar di Instagram ramai netizen Malaysia memberikan respon masing-masing di ruangan komen.

 

Tak faham cara dorang

Rata-ratanya mempersoal SRK yang dikatakan tidak mempraktikkan Islam dalam kehidupannya apatah lagi isterinya pula beragama Hindu.

Ada yang mengakui tidak faham dengan budaya di negara India kerana bukan hanya SRK tetapi juga ramai turut mengamalkan perkahwinan berbeza agama.

 

SRK betul ke copy ori?

Dalam pada itu, ada yang sempat berseloroh dengan bertanya sama ada SRK yang dirakam itu adalah benar dirinya atau hanya ‘copy ori’.

Mana tidaknya, sejak kebelakangan ini ramai individu yang tular di media sosial gara-gara dipuji memiliki wajah seiras dengan aktor terkenal tersebut.

Seperti yang ramai tahu, peminat SRK sering mempersoal tentang perkahwinan berbeza agama dan sama ada jika dia mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SRK
2 years ago

"Tolong Tinggalkan Islam" - Hantaran IG Shah Rukh Khan Bikin Peminat 'Kecewa', Apa Sebabnya?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...