“Tolong Tinggalkan Islam” – Hantaran IG Shah Rukh Khan Bikin Peminat ‘Kecewa’, Apa Sebabnya?

Dunia

“Tolong Tinggalkan Islam” – Hantaran IG Shah Rukh Khan Bikin Peminat ‘Kecewa’, Apa Sebabnya?

Personaliti Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan (SRK) baru-baru ini menimbulkan kemarahan peminat muslim apabila dia ada memuat naik foto patung Ganesha, iaitu dewa bagi penganut Hindu di Instagram.

SRK dalam hantaran tersebut ada menunjukkan patung Dewa Ganesha di atas meja dengan persembahan kalung bunga dan juga makanan mengelilingi patung tersebut.

Advertisement

Difahamkan, pada 31 Ogos lalu, SRK ada meraikan sambutan hari Ganesha bersama isterinya, Gauri Khan yang beragama Hindu.

Ini bukanlah kali pertama aktor terkenal itu memuat naik sembahan dan doa restu daripada Dewa Ganesha di media sosialnya namun dia tidak pernah memberi respon di sebalik kritikan peminat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengecam dan mempersoalkan agama SRK kerana dia merupakan seorang yang beragama Islam.

Saya ingatkan awak muslim. Menjadi seorang artis dan idola tidak bermakna awak boleh melakukan semuanya.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen agar SRK menukar agama dan meninggalkan agama Islam jika berkelakuan seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shah Rukh Khan
2 years ago

Shah Rukh Khan Dituduh 'Meludah' Atas Mayat Mendiang Lata Mangeshkar?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...