Pasangan yang tular di media sosial sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta jenis Axia berwarna merah telah dikenakan tahanan reman dua hari.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak, kejadian yang dirakamkan orang awam itu berlaku pada jam 3.03 petang pada 29 Mac lepas di awasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
Bukan itu sahaja, perempuan di dalam video tersebut rupa-rupanya seorang remaja di bawah umur berumur 17 tahun manakala lelaki berkenaan pula berusia 22 tahun.
Difahamkan, mereka berdua telah ditahan secara berasingan di Taman Johor jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 hingga 5.15 petang semalam.
Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.”
Terdahulu, satu rakaman tular di media sosial mempamerkan remaja perempuan itu sedang duduk di atas lelaki berkenaan namun ketika ditanya oleh individu yang merakam, dia menjawab,
Dia (perempuan) sakit. Video itu delete ah.”
Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.