Lakukan S*ks Dengan Rakan Sekerja Dah Berkahwin, Lebih 300 Pegawai Polis Ada Masalah Disiplin – “Buang Jela Sampah Macam Ni”

Kehidupan

Lakukan S*ks Dengan Rakan Sekerja Dah Berkahwin, Lebih 300 Pegawai Polis Ada Masalah Disiplin – “Buang Jela Sampah Macam Ni”

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan seramai 339 pegawai polis mempunyai masalah disiplin telah melalui proses pertukaran sejak 2018 hingga Januari 2023.

Menurut makluman KDN, daripada jumlah tersebut 294 pegawai (86.7%) ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4%) ditukarkan ke Sabah manakala seramai 20 pegawai (5.9%) pula ditukarkan ke Sarawak.

Advertisement

Pertukaran tersebut dilakukan kerana didapati pegawai polis terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah.”

Lebih menjijikkan, antara kesalahan dilakukan pegawai terbabit adalah mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis sudah berkahwin sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga.

Selain itu, ada juga yang ditangkap khalwat dengan pegawai polis sudah berkahwin serta ada yang terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.

Kata KDN, pertimbangan dibuat dengan mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) bahawa pertukaran tidak dijadikan hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai terbabit.

Menjengah komen di media sosial, rata-rata netizen terkejut dan risau dengan jumlah pegawai bermasalah selain berpendapat tukar tempat bertugas tidak menyelesaikan masalah.

Segelintir berkata pegawai terbabit perlu diberikan tindakan atau hukuman yang lebih berat di mana ramai bersetuju mereka ini dibuang kerja.

1 year ago

Tular Remaja Bawah Umur Diperkosa Inspektor Dalam IPD, Forensik Jumpa Tompokan Mani Pada Cadar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...