Tular ‘Prank’ Tampar Orang, Peguam Ini Sifatkan Ia Sebagai Jenayah

Trending

Tular ‘Prank’ Tampar Orang, Peguam Ini Sifatkan Ia Sebagai Jenayah

Anda tahu apa itu prank? Mesti anda tahu kan? Tidak dinafikan, pastinya ramai yang pernah melakukan prank terhadap rakan malahan keluarga anda sendiri. Kebiasaannya, tindakan mengenakan kawan atau ahli keluarga sendiri ni bertujuan hanya untuk bergurau dan dilakukan terhadap orang yang rapat dengan kita.

Namun, sebuah video oleh seorang YouTuber yang melakukan prank terhadap orang ramai telah tular baru-baru ini ekoran ramai yang tidak setuju dan bependapat bahawa tindakan tersebut adalah sesuatu yang melampau.

Advertisement

3 years ago

Reaksi Ibu Ketika Di 'Prank' Oleh Anak Buat Netizen Ketawa

Menurut laporan KOSMO, video yang dihasilkan oleh YouTuber yang melakukan prank dengan mengacah-acah untuk menampar individu yang menaiki eskalator tersebut telah mendapat perhatian seorang peguam bernama Mufarwa Farid semalam.

Berdasarkan isi kandungan video yang tular tersebut, YouTuber itu dilihat sedang berada di eskalator dan bertindak mengacah untuk menampar sesiapa sahaja sehingga menyebabkan dua orang wanita berlari lintang pukang ketakutan.

Tindakan YouTuber tersebut adalah satu kesalahan jenayah

Menerusi perkongsian oleh Mufarwa Farid di laman sosial Facebook, dia mengatakan yang tindakan YouTuber tersebut yang membuat prank acah-acah menampar orang di eskalator merupakan satu kesalahan jenayah.

“Ada seorang YouTuber telah membuat prank acah-acah tumbuk orang di eskalator di sebuah mall, dia telah pun meminta maaf. Namun sebenarnya, perbuatan acah-acah tumbuk ini merupakan satu jenayah walaupun ia berniat untuk prank, ia tetap satu jenayah,” kata Mufarwa Farid dalam perkongsiannya itu.

Perbuatan YouTuber tersebut termaktub dalam Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. Jika sabit kesalahan, individu boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mangsa prank tersebut boleh membuat laporan polis

Menurut Mufarwa Farid lagi, mangsa-mangsa prank YouTuber tersbut boleh membuat laporan polis jika mereka mahu dan dia juga mengingatkan orang ramai yang perbuatan tersebut merupakan kesalahan jenayah.

“Bolehkah kita menakut-nakutkan atau prank orang? Ya boleh. Tetapi ada tapinya, yang kita tidak boleh buat adalah menakut-nakutkan orang dengan perbuatan jenayah,” Tambahnya lagi.

Walaupun ia sekadar prank, perbuatan menakutkan dengan lagak seperti ingin memukul, serangan dengan senjata, bunuh atau merogol termasuk dalam perbuatan jenayah dan merupakan satu kesalahan.

Orang ramai tidak berpuas hati dengan perbuatan YouTuber tersebut

Susulan daripada perkongsian tersebut, orang ramai menyelar tindakan YouTuber itu yang dianggap tidak menghormati mangsa sehingga menyebabkan mereka ketakutan dan ada juga menasihatkan supaya membuat laporan polis.

Terkini, YouTuber tersebut sudah membuat permohonan maaf tetapi orang ramai masih tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut kerana kandungan yang dihasilkan olehnya dianggap sangat keterlaluan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...