Reaksi Ibu Ketika Di ‘Prank’ Oleh Anak Buat Netizen Ketawa

Trending

Reaksi Ibu Ketika Di ‘Prank’ Oleh Anak Buat Netizen Ketawa

Tindakan melakukan prank terhadap rakan malahan keluarga sendiri selalunya hanya bertujuan untuk bergurau dan dilakukan kepada orang yang betul-betul rapat dengan kita.

Tidak dinafikan, mesti ramai yang pernah melakukan prank terhadap rakan atau keluarga anda sendiri bukan? Ramai yang gemar melakukan perkara ini untuk melihat reaksi mangsa yang selalunya mampu mencuit hati mereka yang melihatnya.

Advertisement

4 bulan lalu

Lucu, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Rakan Kena 'Prank'

Kata orang, perkara usik-mengusik ini sudah menjadi asam garam dalam hubungan. Tidak kisah lah, sama ada hubungan dengan rakan, keluarga sendiri mahupun pasangan.

Kadangkala, perkara sebegini lah yang kita akan ingat dan sentiasa tersemat dalam fikiran kita. Bila bersembang bersama rakan mahupun ahli keluarga, kisah tentang perkara itu lah yang seronok untuk dibualkan.

Lelaki melakukan prank kononnya tiada kepala kepada ibunya

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang cuba melalukan satu prank lucu pada ibunya.

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu dilihat cuba melakukan satu prank kononnya kepalanya hilang untuk mengejutkan si ibu.

Dia kemudian melakukan persiapan dengan menggunakan kotak bagi membantu menampakkan seolah-olah topi yang dipakainya terapung.

Sebaik sahaja selesai melakukan persiapan, dia duduk di meja makan sambil membaca surat khabar dan terus mengejutkan ibunya ketika dia datang menghampiri lelaki tersebut.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila reaksi ibunya selepas dikejutkan itu. Dia terus berlari lalu kembali dengan bantal peluk ditangan dan memukul anaknya.

“Berdekah gelak. Tu nasib baik mak ambil bantal, kalau benda lain? Hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 861 ribu tontonan, 129.7 ribu tanda like dan 1.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi ibu lelaki tersebut yang bertindak memukulnya dengan bantal peluk selepas dikejutkan.

Lelaki prank ibu sendiri

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Advertisement
Lelaki prank ibu sendiri

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengatakan lelaki tersebut bernasib baik kerana si ibu tidak terkejut sehingga pengsan atau mendapat serangan jantung.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan mereka ingatkan ibunya lari untuk mengambil Al-Quran atau Yasin tetapi sebaliknya datang kembali membawa bantal peluk untuk memukul anaknya itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...