Setelah tular video mengasari bayi, pengasuh berusia 21 tahun itu telah pun direman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Melalui laporan, suspek mengasari bayi perempuan berusia 11 bulan serta bayi lelaki berusia 9 bulan, dimana kejadian berlaku di sebuah taska swasta di Skudai.
Terbaharu, ibu mangsa berkongsikan satu screenshot perbualan di WhatsApp bersama pihak taska tersebut yang didakwa mahu ‘settle tepi’ terhadap semua keluarga mangsa terlibat.
Lihat dari perkongsiaan yang dimuat naik oleh ibu mangsa di Instagram Story itu, pihak taska telah pun meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan oleh tenaga pengajar di sana.
Tambahannya lagi, pengasuh tersebut pernah beraya di rumahnya, namun tidak sangka suspek sanggup melakukan hal kejam tersebut.
Susulan kes ini sudah diketahui ramai, ibu mangsa meminta doa daripada netizen agar segala urusan mengenai kes ini berjalan dengan lancar.