Kes Pengasuh Dera Bayi Asuhan, Netizen Cari Sampai Lubang Cacing – “Akhirnya Bainun Ada BFF”

Kehidupan

Kes Pengasuh Dera Bayi Asuhan, Netizen Cari Sampai Lubang Cacing – “Akhirnya Bainun Ada BFF”

Semalam, tular di aplikasi Whatsapp mengenai video memaparkan seorang wanita yang merupakan seorang pengasuh telah mengasari bayi asuhannya.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat telah bertindak menekap muka dan menghempas bayi tersebut ke tilam kerana tidak berhenti menangis.

Advertisement

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah Taska, di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.

Diam!! Kau kenapa?! Kenapa?!

Susulan itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut untuk tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Bukan itu sahaja, penularan video tersebut turut mengundang kemarahan orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita berkenaan.

Malah, menerusi laman Twitter, netizen juga mencari maklumat mengenai wanita berkenaan dan berjaya mendapatkan beberapa keping gambar peribadinya.

Dalam pada itu, ramai juga yang menyamakan tindakan wanita berkenaan dengan kes pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ebit lew
12 months ago

Ebit Lew Didakwa Hantar 436 Gambar Lucah, Saksi Dedah 4 Video & 219 'Screenshot' Bukti Dalam Telefon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...