Ebit Lew Didakwa Hantar 436 Gambar Lucah, Saksi Dedah 4 Video & 219 ‘Screenshot’ Bukti Dalam Telefon

Berita

Ebit Lew Didakwa Hantar 436 Gambar Lucah, Saksi Dedah 4 Video & 219 ‘Screenshot’ Bukti Dalam Telefon

Kes berkaitan pendakwah bebas, Ebit Lew kini semakin hangat apabila sejumlah 436 gambar diperoleh daripada telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz iaitu saksi ketujuh kes berkenaan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, saksi ketujuh itu berkata terdapat 4 rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit tersebut.

ebit

Menurut Latifah, beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data ke dalam dua cakera padat PDRM.

Tambahnya lagi, satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta 4 rakaman video, manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.

Malah, saksi ketujuh itu juga turut memberitahu bahawa hasil pemerhatiannya mendapati 4 video yang ditayangkan dalam mahkamah tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

ebit

Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew  berdepan 11 pertuduhan antaranya menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp pada Mac dan Jun 2021 lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki bakar motosikal klcc
1 year ago

Perlu Tanggung Isteri & Ibu Bapa, Lelaki Bakar Motosikal Di KLCC Rayu Ikat Jamin Dikurangkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...