Tular Kes Wanita Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki, Siap Rakam Video S*ks! Ini Kronologi Kejadian

Kehidupan

Tular Kes Wanita Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki, Siap Rakam Video S*ks! Ini Kronologi Kejadian

Berita tentang perbuatan amang seksual fizikal oleh seorang wanita terhadap anak remaja lelakinya mengejutkan ramai dan menjadi perbualan di media sosial baru-baru ini.

Suspek berusia 33 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan keji berkenaan di kediamannya di Puncak Alam sekitar November tahun lepas.

Advertisement

Ini kronologi kes tersebut bermula daripada video diperolehi pihak JKM sehingga penahanan wanita itu buat kali kedua.

 

Pegawai JKM terima video daripada ‘anonymous’

Berdasarkan berita yang dilaporkan, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mendapat maklumat tentang perbuatan si ibu menerusi sebuah video yang diberikan individu tidak dikenali.

Pihak JKM kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek di rumahnya pada 4 Mei lepas dan telah direman sehingga Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Gambar hiasan

 

Rakam perbuatan amang seksual, mangsa anak ketiga

Polis turut merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk merakamkan video perbuatan amang seksual dilakukan suspek terhadap  anaknya berusia 14 tahun.

Difahamkan, mangsa adalah anak ketiga daripada lima beradik dan suami suspek kini sedang menjalani hukuman penjara.

 

Selesai reman, ditahan sekali lagi kerana kes sama

Selepas remannya sebelum ini selesai, suspek dilaporkan telah ditahan sekali lagi ditahan di sekitar Sungai Buloh, semalam.

Menurut Kosmo, ibu yang disyaki melakukan hubungan seks dengan anaknya itu ditahan susulan laporan baru oleh mangsa lain iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun yang tidak bersekolah.

Turut ditahan bagi membantu siasatan tersebut adalah bapa tiri remaja terbabit berusia 30an dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah hotel pada Januari lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Kita akan mengambil tindakan pendakwaan selepas selesai kes baharu di Sungai Buloh berkenaan dengan siasatan mengikut Seksyen 14 dan 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”

 

Anak anak kini bawah jagaan KKM

Selepas penahannya sebelum ini, kelima-lima anak suspek yang berusia sembilan hingga 17 tahun kini berada di bawah jagaan KKM.

Sementara itu, seorang penganggur lelaki berusia 35 tahun telah ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penyebaran video lucah terbabit.

Gambar hiasan

Kes amang seksual bukanlah pertama kali berlaku dalam komuniti di Malaysia namun mungkin jarang kita dengar kes begini membabitkan ibu dan anak.

Selalunya, berita banyak melaporkan tentang amang seksual dilakukan bapa kepada anak perempuan mereka atau guru terhadap pelajar malah ada juga yang didakwa melibatkan personaliti dikenali.

atuk
2 years ago

Guru Mengaji Berusia 74 Tahun Didakwa 17 Tuduhan Rogol & Amang Seksual Dua Beradik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...