Guru Mengaji Berusia 74 Tahun Didakwa 17 Tuduhan Rogol & Amang Seksual Dua Beradik

Berita

Guru Mengaji Berusia 74 Tahun Didakwa 17 Tuduhan Rogol & Amang Seksual Dua Beradik

Seorang lelaki warga emas yang juga merupakan seorang guru mengaji telah dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Butterworth atas 17 pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik sejak tujuh tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo, tertuduh yang berusia 74 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Advertisement

Mengikut enam pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak yang ketika itu berusia 7 tahun di antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020 di sebuah rumah di dalam daerah Seberang Perai Tengah.

atuk

Sementara itu, bagi 11 lagi pertuduhan, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak berusia 5 tahun yang juga kakak kepada mangsa pertama di lokasi yang sama antara 1 Januari 2014 hingga Mac 2021.

atuk

Warga emas itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1)(e) dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rusuh
2 bulan lalu

(VIDEO) 2 'Geng' Bergaduh Sampai Rosakkan Kereta Orang Awam, Pukul Dengan Besi & Botol Arak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...