Tular Kes Gangguan Seksual , Ini Kronologi Dan Susur Masa Babitkan Pendakwah Ebit Lew

Hiburan

Tular Kes Gangguan Seksual , Ini Kronologi Dan Susur Masa Babitkan Pendakwah Ebit Lew

Semakin hangat, kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew dilaporkan masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia sehingga ke saat ini.

kemelut caprice dan ebit lew
3 years ago

Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew

Advertisement

Berikutan itu, isu sensitif seperti gangguan secara seksual ini nampaknya akan terus menjadi tajuk berita utama media tempatan kerana ia melibatkan ramai nama pendakwah dan juga selebriti yang dikatakan sedang berusaha untuk membongkar kegiatan tidak bertanggungjawab ini.

Tular Video Tidak Senonoh Mirip Ebit Lew

Secara kronologi, segala pendedahan yang telah menjadi kekecohan di media sosial ini bermula apabila tularnya video seorang individu mirip Ebit Lew yang berkelakuan tidak senonoh di atas katil.

Namun timbul pula dakwaan dalam kalangan netizen yang mengatakan ada usaha dalam kalangan pendakwah selebriti untuk menjatuhkan imej Ebit Lew berikutan tersebarnya video terbabit.

Video Ebit LewSumber : Google  

Meskipun begitu, Ebit Lew masih lagi tidak memberi respon kepada dakwaan yang berlegar di media sosial pada ketika itu walaupun ianya semakin rancak dibincangkan oleh pengguna media sosial.

Antara nama pendakwah yang kemudiannya tampil membuat pendedahan mengenai isu gangguan seksual itu media sosial masing-masing adalah PU Rahmat, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Firdaus Wong.

Pendedahan Pendakwah Selebriti Isu Gangguan Seksual Dalam Kalangan Agamawan

Sementelah itu, semakin ramai pendakwah selebriti mula memberi ‘hint’ mengenai sikap agamawan yang berlindung di sebalik status dan juga amal kebajikan untuk melindungi diri sendiri setelah melakukan perkara yang jahat terhadap orang lain.

Antara pendakwah yang tampil membuat kenyataan tentang isu ketaksuban orang ramai terhadap figura agamawan adalah Dr Ridhuan Tee Abdullah di mana dia ada menulis “Jangan berlindung di sebalik misi bantuan kemanusiaan untuk kepentingan diri”.

Ia kemudian disahut dengan kenyataan PU Rahmat menerusi beberapa siri hantaran di Facebook yang mula menyentuh dengan lebih dalam lagi mengenai isu gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal itu dan turut dipersetujui oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang aktif terlibat dalam memberi kesedaran mengenai isu seksualiti dan kekeluargaan di media sosial.

Difahamkan juga, Firdaus Wong sebenarnya sudah lama mendedahkan mengenai sisi gelap ustaz selebriti ini di media sosial sejak Mei 2021 lagi.

Ramai Saksi Tampil Membuat Kenyataan Polis Beserta Bukti

Susulan daripada pendedahan demi pendedahan itu, PU Rahmat melaporkan bahawa dia telah menerima ramai kehadiran saksi yang turut tampil dengan bukti diganggu secara seksual oleh pendakwah tersebut.

PU Rahmat BuktiSumber : Facebook PU Rahmat  

Namun, pada Julai 30 yang lalu, Facebook milik Firdaus Wong dilaporkan telah lenyap berikutan ada pihak yang telah membuat laporan mengenai pendedahan tersebut meskipun dia sebelum ini tidak pernah menyebut nama ustaz selebriti yang terlibat.

Meskipun begitu, aktiviti pembongkaran aktiviti keji itu tidak berkakhir apabila Firdaus Wong dan PU Rahmat melancarkan aplikasi Telegram khas buat mereka yang ingin tampil memberikan bukti mengenai gangguan seksual tersebut.

Ebit Lew Dipanggil Ke Bukit Aman Untuk Siasatan Kes Gangguan Seksual

Pada 19 Ogos, media tempatan melaporkan seorang pendakwah selebriti terkenal telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman untuk membantu siasatan kes gangguan seksual.

Ebit Hadir bukit aman

Pendakwah yang berusia 30-an itu hadir sekitar jam 8.59 pagi waktu tempatan untuk memberi kenyataan.

Tanggal 24 Ogos 2021, pihak polis melaporkan telah merekodkan keterangan mangsa gangguan seksual Ebit Lew dan masih menunggu saksi-saksi lain untuk tampil membantu siasatan.

Ebit UtusanSumber : Utusan Malaysia  

Dalam pada itu, Firdaus Wong menerusi saluran Telegram ada mengemas kini mengenai laporan mangsa gangguan seksual pendakwah tersebut berserta tangkap layar perbualan antara dia dan mangsa.

Tular Lagi Video Ebit Lew Minta Mangsa Tunjuk Badan Dan Kaki

Terbaru, masyarakat dikejutkan lagi dengan berita tularnya video pesanan suara mirip Ebit yang meminta mangsa agar menunjukkan badan dan kaki.

Tidak cukup dengan itu, tangkap layar perbualan lucah individu dipercayai Ebit turut tersebar dengan meluas di media sosial.

Siasatan Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew Diteruskan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan memaklumkan bahawa pihak polis kini masih lagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual serta sedang mengambil keterangan mangsa yang terlibat.

“Kita masih teruskan siasatan lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Firdaus Wong berkata pendedahan yang dilakukan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

Dia dalam pada itu turut menegaskan bahawa segala bukti yang telah didedahkan kepada umum adalah permintaan daripada mangsa sendiri dan telah pun mendapat kebenaran pihak terbabit.

Diharap masyarakat di luar sana tidak sesekali menyebarkan info atau maklumat palsu yang dapat menganggu siasatan polis. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini nanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...