Isu perbuatan sihir yang didedahkan oleh seorang pengguna berjantina wanita di platform media sosial TikTok telah menarik perhatian penyanyi rap sensasi, Caprice untuk memberi pandangannya.
Menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya, Caprice berpendapat isu sebegini seharusnya dipantau oleh sebuah badan khas yang pakar dalam bidang ilmu mistik ini.
Masalah sihir dan santau dari zaman ‘atok moyang’ Caprice hinggalah zaman Facebook masih ada.
View this post on Instagram
Oleh sebab itu, beliau memberi cadangan agar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau menteri agama supaya bina satu pasukan khas atau task force untuk menangkap bomoh.
Kalau orang biasa boleh cari bomoh, takkan task force pakar bab ni tak boleh tangkap.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh penyanyi rap itu kerana menganggap isu sihir ini bukan satu perkara yang boleh dibawa main.
Malah, ramai juga yang meminta kerajaan agar memperbanyakkan sekolah agama dan tahfiz supaya dapat membendung isu-isu yang berkaitan dengan sihir.
Bahaya betul lah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.