Penyanyi rap sensasi dan aktivis kemanusiaan, Caprice difahamkan telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, malam tadi.
Ujar pemilik nama Ariz Ramli itu lagi, dia seboleh-bolehnya enggan melibatkan pihak polis namun terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana ada individu merasakan diri mereka lebih hebat daripada undang-undang.
Perkara tersebut turut dikongsikan Caprice menerusi beberapa hantaran video di Instagram Story miliknya, semalam.
Sesetengah individu di luar sana merasakan ‘cable’, pangkat mereka terlampau kuat dan tinggi. Mereka rasa lagi hebat daripada undang-undang (above the law).
Dia dalam pada itu memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan selepas ini.
Terdahulu, Caprice ada mendedahkan bahawa dia ada menerima terlalu banyak ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali semenjak pendedahan eksklusif membabitkan seorang pendakwah terkenal ketika misi kemanusiaan di Palestin, Gaza tempoh hari.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
tecit
October 5, 2021 at 10:21 am
kalau benar kenape nak takott.
Anonymous
October 3, 2021 at 11:20 am
Dia ne ngan king coco ne sebenar nya OKU.. sebab lidah diorg cacat.
Anonymous
October 1, 2021 at 7:29 pm
Bosan lah every week ceta pasal dia..
Anonymous
October 2, 2021 at 5:16 pm
I agree with you …