Baru-baru ini, tular isu mengenai seorang pempengaruh yang hilang ketika membuat aktiviti paranormal di sebuah hutan yang terletak di Bandung, Indonesia, semalam.
Pempengaruh yang dikenali sebagai Eyka itu akhirnya berjaya ditemui selepas 3 hari.
Difahamkan, Eyka ditemui dalam keadaan terbaring di atas semak samun dan tidak sedarkan diri, malah terdapat beberapa kesan bengkak dan dia dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di kawasan berhampiran kerana keletihan dan kelaparan.
Kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah penyanyi rap sensasi, Caprice.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Caprice mendakwa kejadian tersebut hanyalah ‘fake’ semata-mata.
Confirm fake. Talent agency yang ada uruskan beberapa talent dalam video tu sahkan its fake.
Dahlah tak dapat bayaran? Betul lah orang lama selalu kata, bodoh itu percuma. Tapi janganlah sampai borong semua.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan sekumpulan pempengaruh itu kerana ia boleh mencemarkan nama baik negara.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh Malaysia yang hilang ketika melakukan aktiviti paranormal di sebuah hutan yang terletak di Bandung, Indonesia.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.