“Ismanira Buat Laporan Polis Selepas Lima Jam Zayn Rayyan Hilang” – Saksi

Berita

“Ismanira Buat Laporan Polis Selepas Lima Jam Zayn Rayyan Hilang” – Saksi

Melalui laporan Sinar Harian, saksi pendakwaan ketiga dalam perbicaraan pengabaian arwah Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu kepada Mahkamah Sesyen, ibu arwah kanak-kanak autism itu sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda risau.

ibu zayn rayyan lapor lepas 5 jam hilang

Advertisement

Malah saksi ketiga yang bernama Koperal Nurul Khairina Mohammad Zuki juga berkata ibu Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf membuat laporan polis selepas lima jam kanak-kanak itu hilang.

Sekadar info, pada 13 Jun 2024, Ismanira serta suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pengabaian Zayn Rayyan dengan cara mencederakan secara fizikal.

ibu zayn rayyan lapor lepas 5 jam hilang

Pada 5 Disember 2023, kanak-kanak autism bernama Zayn Rayyan dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui di sungai berdekatan dengan rumahnya di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, keesokan harinya.

mayat zayn rayyan
2024-07-01 08:57:12

Tular Foto Didakwa Mayat Zayn Rayyan, Polis Cari Dalang Yang Menyebarkannya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.