Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tular Isu ‘B*doh-B*doh Sikit’, Ustaz Ahmad Dusuki Hubungi Prof Muhaya Minta Penjelasan

Ustaz Ahmad Dusuki

Semalam, tular di media sosial berikutan tersebarnya sebuah klip video memaparkan pakar mata dan motivasi terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya mengeluarkan kenyataan wanita perlu bersikap ‘bodoh-bodoh sedikit’ jika ingin mendapatkan jodoh dengan cepat.

Berikutan dengan hal itu, Ustaz Ahmad Dusuki berasa terpanggil untuk menghubungi sendiri Dr. Muhaya agar netizen dapat berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam mengetahui maksud dan penjelasan mengenai kenyataannya itu.

Advertisement

Setelah menghubungi pakar mata tersebut, Ahmad Dusuki tampil membuat kesimpulan mengenai ayat ‘bodoh-bodoh sikit’ yang diungkapkan Muhaya itu adalah merujuk kepada sikap merendah diri serta ego dengan apa yang dimiliki.

“Maksud kalimah beliau ‘bodo bodo skit’ tu bukan bermaksud membodohkan diri, tapi merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan apa yang dimiliki. Bahasa mudah lebih tawadduk agar di angkat darjat di sisiNya..”

Ustaz Ahmad Dusuki kemudian dilihat telah berkongsi mengenai perkara tersebut di laman Instagram untuk tatapan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai netizen telah meninggalkan pandangan masing-masing dan rata-rata bersetuju dengan penjelasan yang diberikan dan beranggapan apa yang terjadi hanyalah salah faham semata-mata.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Suzanne

    June 11, 2021 at 1:35 pm

    Salam. bagi saya kalau tak follow Prof dari dulu maybe cepat melenting dengan statement dia..siapa yg faham bonda saje yang boleh get ayat tersirat sebalik bodoh-bodoh tu,esp wanita yg dah berkahwin.Prof ni call herself bonda,dah mcm mak2 nak nasihat anak2 tau tak..aku pun pompuan jugak,terpelajar jugak..lepas tu ada pulak cakap bukan bidang dia..dia motivate kita seiring dengan ilmu2 agama, marriage, parenting berdasarkan prinsip islam yg mungkin dia amalkan..cuba tgk perkataan “bodoh-bodoh” sikit tu dalam konteks woman in islam..pahe dok ni netizen..jgnla nak liberal sangat pemikiran tu setinggi mana pun kau belajar..memang zaman skarang woman can really stand on her own.tp kalau ikut islam, mendirikan masjid tu amatlah disukai Allah swt..bcoz dr perkahwinan tu lah boleh dapat pahala yg byk,so antaranya taat pada suami (toksahlah citer plak sikap suami yg x baik,ni secara general in islam)..sbb kalau kau rasa kau sama level dgn suami kau atau more than ur husband,ko boleh ada rasa riak,rasa bagus,takut in the end,suami terasa,dah diam2 ko dpt dosa..faham x? besar konteks “bodoh-bodoh sikit” dalam islam ni..cuma prof pakai ayat2 mak nk nasihat anak..wallahualam..

    • Anonymous

      June 11, 2021 at 3:05 pm

      betul tu.. jgn cpt melenting.. yg naik angin statement prof.. msti x kwin lg tu.. meroyan semaciam je.. hee.

  2. Anonymous

    June 11, 2021 at 12:20 pm

    Kalau bukan bidang kita…tak payahlah nak memandai-mandai.
    Segala benda nak jadi…motivator lah…ustazah lah…fokus je kat bidang sendiri, boleh tak?

    Orang kalau level high…jadi motivator nih, maksud tak boleh sampai kat rakyat marhaen…kena tau tu

  3. Tomi

    June 11, 2021 at 12:42 am

    Bahasa menunjukkan bangsa. Jaga adab berbahasa bukan mudah-mudah minta orang membodohkan diri dan diperbodohkan.

Leave a Reply to Suzanne Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top