Terdahulu, penulis telah melaporkan tentang kejadian polis sedang memburu seorang tenaga pengajar di sebuah institut memandu yang disyaki bertindak menunjukkan kemaluan kepada seorang pelajar wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring, Pasir Puteh semalam.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku petang semalam ketika mangsa berusia 27 tahun bersama suspek di dalam kereta jenis Perodua Viva selepas menghantar pelajar lain apabila selesai ujian memandu di Bachok.
Sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa pulang ke rumahnya, suspek dikatakan telah membuka zip seluar lalu mengeluarkan kemaluannya. Suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai telah melarikan diri selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Putih selepas kejadian tersebut.
Pengarah insitut memandu AmKist nafikan suspek tunjuk kemaluan merupakan tenaga pengajar
Menurut KOSMO, Pengurusan Akademi Memandu AmKist di Bachok menafikan dakwaan yang mengatakan tenaga pengajar di institut tersebut terlibat dalam kejadian menunjukkan kemaluannya kepada pelajar wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring semalam.
Benda melibatkan maruah biar pihak polis yang siasat. https://t.co/Ed2P6lEhS3
— Kosmo! Online (@kosmo_online) October 18, 2021
Pengarah AmKist, Noor Haslina Abdullah berkata, berdasarkan laporan mangsa, individu yang terlibat dalam kes itu sebenarnya bukan tenaga pengajar Amkist sebaliknya suspek merupakan seorang pemandu kontrak di institut tersebut.
Tambahnya lagi, suspek itu bekerja sebagai pemandu yang ditugaskan untuk mengambil dan menghantar pelajar yang datang belajar di Amkist, bukannya seorang tenaga pengajar yang ditugaskan mengajar pelajar memandu.
Pihak pengurusan Amkist telah menggantung tugas pemandu itu serta-merta sementara siasatan dalaman dijalankan.
Selain itu, pemandu itu juga tidak melarikan diri seperti yang didakwa sesetengah pihak apabila dia datang bekerja seperti biasa pagi tadi sebelum menerima surat penggantungan tugas.
Tambah Noor Haslina Abdullah lagi, kejadian yang berlaku tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik dan reputasi AmKist dalam industri pengendalian institut memandu di Kelantan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara