Padah Tunjuk Kemaluan, Guru Institut Memandu Diburu Polis

Trending

Padah Tunjuk Kemaluan, Guru Institut Memandu Diburu Polis

Anda pastinya tahu apa itu gangguan seksual bukan? Gangguan seksual atau sexual harassment ini adalah perkara yang dilakukan oleh seseorang invidu melalui percakapan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal terhadap individu lain yang membuatkan individu tersebut berasa kurang senang serta tidak selesa.

Kesalahan gangguan seksual ini bukanlah sesuatu yang baru bagi kita kerana sudah banyak kita dengar tentang kes jenayah melibatkan kesalahan ini. Kes gangguan seksual ini juga boleh dikatakan satu isu yang hangat kerana banyak mangsa tingkah laku tidak bermoral ini yang mengalami dipresi dan trauma yang teruk.

Advertisement

3 years ago

2 Anggota Polis Digantung Tugas Selepas Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Menurut laporan KOSMO, polis kini sedang memburu seorang guru atau tenaga pengajar di sebuah institut memandu yang disyaki bertindak menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring, Pasir Puteh semalam.

Guru tersebut melarikan diri selepas kejadian dia mengeluarkan kemaluan tersebut

Suspek yang berusia 40 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas mangsa yang merupakan seorang peniaga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Putih selepas kejadia tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, kejadian tidak bermoral yang dilakukan suspek tersebut dipercayai berlaku pada petang semalam berdasarkan keterangan mangsa.

Ketika itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang bersama suspek di dalam kereta jenis Perodua Viva selepas menghantar pelajar lain apabila selesai ujian memandu di Bachok.

Menurut beliau lagi, hanya tinggal mereka berdua di dalam kereta tersebut. Suspek sedang memandu kereta dan mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan untuk menghantar wanita itu pulang ke rumahnya.

“Sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan kemaluannya,” kata Deputi Suprintendan Mohd. Azmir Damiri.

Guru institut memandu tunjuk kemaluan

Gambar Hiasan – Sumber Google

Terkejut dengan kejadian yang berlaku, mangsa kemudiannya terus menghubungi ibu saudaranya agar segera datang untuk mengambilnya pulang. Mangsa juga mengarahkan suspek untuk memberhentikan kereta namun tidak diendahkannya.

Ia secara tidak langsung memaksa wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta sedang bergerak. Suspek akhirnya memberhentikan kereta sebelum mangsa keluar dan melarikan diri ke kawasan rumah penduduk setempat untuk meminta bantuan.

Sehubungan dengan itu, polis kini sedang mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...