Tular Foto Tak Berhijab Ketika Bercuti, Netizen Dakwa Tudung Nelydia Senrose Dah ‘Terbang’?

Hiburan

Tular Foto Tak Berhijab Ketika Bercuti, Netizen Dakwa Tudung Nelydia Senrose Dah ‘Terbang’?

Sedia maklum, penampilan baru pelakon jelita Nelydia Senrose baru-baru ini yang menampakkan diri berhijab telah membuat ramai yang memuji kecantikan beliau.

Kebanyakkan netizen semasa menampak penampilan Nelydia mengenakan hijab berasa gembira dan menerima pelbagai komen-komen yang positif serta mendoakannya.

Advertisement

Bagaimanapun, gambar baru pelakon tersebut ketika bercuti bersama keluarga di negara Indonesia telah menarik perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Di lihat dalam gambar yang tular berkenaan, kelihatan Nelydia tidak berhijab semasa bergambar bersama-sama ahli keluarganya dan disebabkan itu, ramai netizen membuat andaian bahawa dia sudah tidak lagi bertudung.

Tidak melepaskan peluang, ramai netizen mengecam tindakan Nelydia membuka tudung dan menyamakan perangai dia sama seperti kakaknya iaitu Uqasha Senrose yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab beberapa tahun lalu.

Biarpun sudah mengenakan hijab, Nelydia tidak mengumumkan kepada khalayak ramai bahawa dirinya sudah berjijab tetapi hanya berkata dia sedah ke ‘arah’ itu.

Khilaf Asmara pelakon
2021-10-18 21:19:18

"Fazura Tak Marah Ke?" Bergambar Mesra Dengan Fattah Amin, Nelydia Senrose Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : B.Cari