Tular Foto Bersama Keluarga, Anne dan Darling Ngasri Terkejut Digelar Awet Muda Oleh Peminat

Hiburan

Tular Foto Bersama Keluarga, Anne dan Darling Ngasri Terkejut Digelar Awet Muda Oleh Peminat

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai foto keluarga yang dimuat naik pelakon Datin Anne Ngasri dan juga Darling Ngasri yang dilihat seakan tidak dimamah usia.

Foto pertemuan bersama adik-beradik aktres itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen di mana wajah mereka seolah awet muda sedangkan usia masing-masing sudah pun menjangkau angka 30-an dan 40-an.

Advertisement

Tambahan Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri yang kini berusia 38 tahun dan bergelar ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia 10 tahun turut menerima tempias yang sama.

Ujar Darling, mereka sendiri pun berasa terkejut kerana gambar tersebut menjadi tular kerana kesemuanya jarang sekali untuk bergambar bersama sebagai sebuah keluarga sebelum ini.

Sejujurnya saya tak rasa muda sebaliknya makin, sekarang nak berlakon pun tengok watak yang sesuai. Saya dah 38 tahun, Anne,37, Bell,41, dan Boy, 47. Malah kami dah jadi nenek dan datuk kerana anak sulung Boy sudah dapat anak.

Manakala Anne yang turut sama ditemui media mendedahkan mereka adik-beradik tidak mengamalkan sebarang petua awet muda namun gaya hidup yang tenang dan tidak terlalu memikirkan perkara negatif  sedikit sebanyak dapat membantu agar wajah tidak kelihatan terlalu tua melebihi usia sebenar.

Perkembangan terkini, Anne kini jarang muncul di kaca televisyen kerana komitmennya terhadap keluarga manakala Darling pula lebih tertumpu kepada kerja-kerja penerbitan.

Kala ini, hanya Bell Ngasri yang aktif muncul di layar TV kerana masih giat berlakon dan Boy atau nama sebenarnya Naszeli Ngasri juga merupakan seorang pelakon pada sekitar tahun 1980 dan 1990-an.

3 years ago

Jadi Ikon 'Muka Orang Tak Puasa', Bell Ngasri Tak Sangka Watak Barkoba Laris Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...