Jadi Ikon ‘Muka Orang Tak Puasa’, Bell Ngasri Tak Sangka Watak Barkoba Laris Di Media Sosial

Hiburan

Jadi Ikon ‘Muka Orang Tak Puasa’, Bell Ngasri Tak Sangka Watak Barkoba Laris Di Media Sosial

Pelakon berbakat, Bell Ngasri tidak menyangka dirinya telah menjadi ikon ‘orang tak puasa’ gara-gara lakonan mantapnya dalam filem 16 Puasa, 17 Puasa dan terbaru 18 Puasa di Kampung Pisang arahan pengarah terkenal, Mamat Khalid.

Membawa watak Barkoba dalam filem rangkaian tersebut, Bell berasa teruja kerana peminat sangat menggemari gelagatnya dalam naskah tersebut.

Advertisement
Bell NgasriSumber : Google  

Ini berikutan sedutan babak Barkoba membeli makanan di kedai belakang menjadi tular di media sosial apabila dijadikan bahan gurauan sesama warga maya.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengarah Mamat Khalid kerana memberikan kepercayaan kepada dirinya untuk membawakan watak tersebut.

Bell NgasriSumber : Google  

“Disebabkan Barkoba yang saya lakonkan sejak 16 Puasa dulu, setiap kali Ramadan, wajah saya akan jadi ‘muka orang tak puasa’ yang disebarkan menerusi media sosial. Namun, ia hanyalah lakonan sahaja. Saya tidaklah berperangai seperti Barkoba kerana saya berpuasa penuh. Saya tak sangka watak itu boleh buat orang suka tengok dan diterima dengan baik.”

Dia yang ditemui media baru-baru ini mengatakan bahawa lakonan dalam filem tersebut telah membuatkan popularitinya meletup seperti bom jangka dan tiba-tiba.

View this post on Instagram

A post shared by Bell (@bellngasri)

Menganggap wataknya itu dekat dengan masyarakat dan seterusnya berjaya mendapat perhatian ramai, Bell bersyukur kerana dirinya masih diterima dan relevan meskipun industri kini dilimpahi dengan bakat-bakat baru.

Terdahulu, filem 18 Puasa Di Kampung Pisang arahan Mamat Khalid telah menjadi pilihan penonton di saluran Astro First dan telah pun berjaya mengutip kutipan RM1 juta dalam hanya tempoh tiga hari tayangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...