Bekas isteri kepada Engku Emran, Laudya Chintya Bella baru-baru ini telah dihadapkan dengan satu khabar angin yang mengatakan dia sudah pun berkahwin dengan seorang Putera Raja Arab melalui proses ta’aruf.
Enggan mendiamkan diri, Laudya tampil memberikan kenyataan menerusi pengurusnya, Rita yang menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu.
Saya minta maaf kerana berita ini sangat tidak benar. Semoga kita semua terhindar dari fitnah, ya. Barakallahufik – Rita, pengurus Laudya.
Dalam pada itu, Rita berkata keputusan untuk bercakap mengenai isu ini adalah untuk mengelak fitnah yang telah menyerang majikannya itu.
Terdahulu, Laudya Cynthia Bella pernah digosipkan sedang rapat dengan seorang jejaka dari Dubai. Perkara itu kemudiannya seperti disahkan setelah rakan artis, Shireen Sungkar telah bertemu dengan Laudya di Dubai.
Laudya yang juga seorang usahawan dan artis terkenal di Indonesia pernah mendirikan rumah tangga bersama suami Noor Nabila, Engku Emran dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, keduanya mengambil keputusan untuk berpisah dan tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.