Semalam, seramai 284 orang termasuk seorang ‘influencer’ dikenali sebagai Ikon Permotoran ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan di Kedah.
Susulan itu, nama Haqiem Stopa telah dipetik oleh netizen yang mendakwa dia adalah individu yang ditahan dalam operasi tersebut.
Tampil memberi respon, Haqiem memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
Menerusi hantaran tersebut, ikon permotoran itu meluahkan perasaan dengan menyertakan gambarnya yang tular di media sosial.
Ingat ya, korang berjaya dengan apa yang korang buat. Bukan dengan apa yang aku buat. Aku pun nak berjaya.
Bukan itu sahaja, Haqiem turut mengatakan hanya orang yang berada di tempat kejadian sahaja yang mengetahui perkara sebenar.
Aku tahu kau tak percaya aku tapi kau tengok sendiri orang yang ada dekat aku situ nampak aku kat mana dan buat apa.
Dalam hantaran sama, pempengaruh media sosial itu turut menyertakan tangkap layar perbualan individu yang menjadi saksi di tempat kejadian.
Menerusi tangkap layar tersebut, individu berkenaan memaklumkan Haqiem tidak menyertai perlumbaan haram tetapi sebaliknya hanya meluangkan masa dan berbual dengan rakannya.
Malah, individu tersebut turut memaklumkan ikon permotoran berkenaan tidak ditahan pihak polis sebaliknya hanya dibawa ke balai dan dibebaskan selepas diambil keterangan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.