284 Ditahan Ops Samseng Jalanan Malam AidilAdha, Ikon Permotoran Popular Turut Ditangkap

Kehidupan

284 Ditahan Ops Samseng Jalanan Malam AidilAdha, Ikon Permotoran Popular Turut Ditangkap

Melalui laporan, individu lelaki yang merupakan ‘influencer’ serta dikenali sebagai ‘Ikon Permotoran’ antara 284 yang ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan,  malam AidilAdha, Rabu di Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, pempegaruh berumur 23 tahun itu telah ditahan dalam operasi yang dijalankan pada jam 11 malam hingga 3 pagi terbabit.

Advertisement

haqiem stopa

Katanya lagi, sebanyak 194 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan antaranya adalah tiada lesen memandu, ubah suai motosikal, tiada cermin sisi, tiada insurans dan cukai jalan serta lesen sudah tamat tempoh.

Difahamkan, kini kebanyakkan warganet membanjiri akaun media sosial Ikon Permotoran, Haqiem Stopa serta menyoal sama ada dia adalah individu ditahan dalam operasi terbabit memandangkan gambarnya tular selepas disebar oleh pihak media.

ikon permotoran ditahanSumber : fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA  

Dapat dilihat dalam satu gambar, Haqiem Stopa sedang berada di Balai Polis Trafik Kota Setar hasil perkongsiaan warganet.

haqiem stopa mat rempit talk sekolah
2 years ago

“"Mat Rempit Yang Dipilih” - Netizen Kutuk Sekolah Jemput Haqiem Stopa Bagi ‘Talk’ Pada Pelajar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Majoriti

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...