“Tuhan Je Tahu Perasaan Aku Macam Mana..” – Anak Diserang Sawan, Ain Edruce Tinggalkan Set Semasa Siaran Langsung

Hiburan

“Tuhan Je Tahu Perasaan Aku Macam Mana..” – Anak Diserang Sawan, Ain Edruce Tinggalkan Set Semasa Siaran Langsung

Pelakon dan pengacara popular, Ain Edruce terpaksa meninggalkan set rancangan Melodi apabila menerima berita bahawa anaknya, Soraya diserang sawan akibat demam panas.

Detik cemas

Kata Ain, anaknya memang sudah demam panas beberapa hari. Disebabkan kerja, dirinya terpaksa meninggalkan puterinya bersama suami dan ke set Melodi. Namun, tak lama kemudian, Ain menerima panggilan bahawa Soraya telah dimasukkan  ke hopsital kerana sawan.

Advertisement

Gugur jantung aku. Dengan nak start Melodi nya. Tuhan je tahu perasaan aku macam mana. Terima kasih team Melodi sebab faham situasi aku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Ketika kejadian

Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga telah berkongsi sebuah rakaman CCTV yang melihatkan keadaan cemas semasa anaknya diserang sawan. Dalam video tersebut, kelihatan suaminya sedang cuba untuk membantu anaknya itu ketika diserang sawan sebelum dilarikan ke hospital.

Sedih aku, benda ni jadi betul-betul lepas aku pergi kerja. Soraya tak pernah sawan. Maaf Soraya, Mummy tak ada masa ni.

ainSumber : Instagram  

Difahamkan, kini anak kepada pengacara ini sedang dirawat di hospital dan sudah dalam keadaan yang lebih baik namun masih demam.

wanita 8 bulan hamil meninggal dunia
2 years ago

"Anak Pun Tak Selamat" - Isteri Hamil 8 Bulan Mengadu Sakit Kepala, Kena Sawan Tiba-Tiba & Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...