“Anak Pun Tak Selamat” – Isteri Hamil 8 Bulan Mengadu Sakit Kepala, Kena Sawan Tiba-Tiba & Meninggal Dunia

Kehidupan

“Anak Pun Tak Selamat” – Isteri Hamil 8 Bulan Mengadu Sakit Kepala, Kena Sawan Tiba-Tiba & Meninggal Dunia

Dalam pada menantikan kedatangan cahaya mata perempuan dalam masa terdekat, satu perkara yang tidak dijangkakan sudah terjadi kepada seorang lelaki ini.

Anak perempuan yang diberi nama Nur Ulya Hanania telah dijemput ilahi dan disusuli oleh isterinya juga pada sebelah malam, Nur Atiqah Mustafa.

Advertisement

Biarpun berasa ralat dengan dugaan yang dihadapi, lelaki ini tetap reda atas pemergiaan isteri serta anak kerana mengganggap pemergian mereka ini sebagai asbab ditarik ke syurga.

Memberitahu lebih lanjut mengenai kesihatan arwah isteri, lelaki berkenaan berkata arwah tidak menghidap sebarang simptom ataupun masalah kesihatan sepanjang 8 bulan mengandungkan anak perempuannya itu.

Namun, si isteri ada mengadu kepadanya berasa sakit kepala selepas mengambil wudhuk untuk solat Subuh, sebelum terkena sawan pada pagi tersebut.

Melalui temubual bersama pihak Harian Metro, jejaka tersebut telah merancang bersama isteri di awal perkahwinan ingin mempunyai 6 orang cahaya mata, namun kini reda dengan ketentuan Ilahi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

mat rempit penang anak antoo
5 bulan lalu

“Sorang-Sorang Cabut Lari” - Tular Kes Kemalangan Ngeri, Lelaki Ini Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat Mat Rempit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...