“Tudung Labuh Tapi Jaga Tepi Kain Orang!” – Disuruh ‘Getback’ Dengan Noor Nabila, Sharnaaz ‘Hentam’ Balik

Hiburan

“Tudung Labuh Tapi Jaga Tepi Kain Orang!” – Disuruh ‘Getback’ Dengan Noor Nabila, Sharnaaz ‘Hentam’ Balik

Beberapa hari yang lalu, kisah mengenai rumah tangga kakak Neelofa iaitu Noor Nabila dan suami, Engku Imran menjadi perbualan hangat apabila mendapati foto mereka bersama telah dipadam di laman Instagram Nabila.

Susulan isu yang berlaku, bekas suami Nabila iaitu pelakon, Sharnaaz Ahmad juga terpalit sekali apabila terdapat seorang individu di Twitter mengaitkan nama pelakon itu.

Advertisement

Melalui tweet yang dibuat oleh wanita itu, dia meminta agar Noor Nabila kembali semula dengan Sharnaaz biarpun sudah berpisah hampir dua tahun.

Sebab dia berkata sedemikian kerana sebelum ini Noor Nabila pernah mempertahankan Sharnaaz berkaitan dengan isu kes pukul pengawal di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur, Jun lalu.

Tidak berdiam diri apabila di perkatakan seperti itu, aktor tersebut tampil bersuara dan membidas semula komen wanita itu dengan berkata biarpun seseorang itu bertudung labuh, ia tidak menjamin seseorang itu bukan sejenis jaga tepi kain orang lain.

sharnaaz ahmad bidas wanita tudung labuh

Sedar dirinya di ‘perli’ semula oleh Sharnaaz yang juga dikenali sebagai Mamu itu, wanita itu membalas dan berkata dirinya tidak mempunyai niat untuk mengutuk pelakon lelaki itu langsung.

sharnaaz ahmad bidas wanita tudung labuh

Sekadar info, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada tanggal 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki namun perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama.

Noor Nabila Engku Emran
2 years ago

Noor Nabila Padam Habis Foto Suami, Tapi Instagram Engku Emran Lain Pula Yang Ditemui?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...