Baru-baru ini, kecoh tentang Ustazah Afifah dan suaminya, Zaidi Tohrin menyatakan bahawa mereka akan memfailkan saman terhadap beberapa pendakwah.
Antara nama yang disebut adalah pakar motivasi dan personaliti TV, Amin Idris yang didakwa telah melontarkan tohmahan dan fitnah terhadap pasangan tersebut.
Susulan dakwaan itu, Amin tidak berdiam diri dan memberi respons berkaitan dengan tindakan yang akan dikenakan.
Amin juga berpendapat pasangan berkenaan sepatutnya berterima kasih dengan teguran yang diberikan dan bukannya memberikan ugutan.
Bila mengata orang boleh. Bila orang kritik, ugut nak saman pula. Sounds familiar…
…Patutnya bila para ilmuwan dah tegur tu, at least ucaplah terima kasih. Ni tidak, pergi meroyan pula di sosial media. Sunnah memang tidak berbohong. Tapi berbohong atas nama Sunnah tu ada.”
Pada akhir coretan Amin, dia memberitahu dirinya tidak gentar dengan ugutan itu dan mengalu-alukan pasangan berkenaan untuk mengambil tindakan.
Terdahulu, nama Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut termasuk dalam senarai pendakwah yang akan dikenakan tindakan saman oleh pasangan berikut.