“Kamu Bukan Agamawan!” – Dakwa Difitnah, Ustazah Afifah & Suami Mahu Failkan Saman, Nama UAI & Amin Idris Antara Yang Dipetik

Trending

“Kamu Bukan Agamawan!” – Dakwa Difitnah, Ustazah Afifah & Suami Mahu Failkan Saman, Nama UAI & Amin Idris Antara Yang Dipetik

Nama Ustazah Afifah bukanlah satu nama asing lagi di media sosial apabila dia sering terpalit dengan kontroversi kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berkaitan agama Islam.

Terbaharu, Siti Afifah dan suaminya, Zaidi Tohrin memaklumkan bahawa akan memfailkan saman kepada pihak tertentu yang didakwa mempermainkan mereka.

Advertisement

Perkara itu diluahkan oleh Zaidi menerusi satu video yang dimuat naik, di mana dia mendakwa sudah lama bersabar dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada dia dan isteri.

Sebenarnya dah berbulan-bulan menahan sabar, kami nak sebut tapi peguam kata jangan, nanti di mahkamah…

…Tetapi malam ini, cukuplah kamu memperolok-olokkan ulama (merujuk kepada diri mereka). Kami bersabar dengan tohmahan kamu, dengan fitnah yang kamu lontarkan. Kamu mempermain-mainkan, kamu bukan agamawan!”

Dalam pada itu, nama pendakwah bebas terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Amin Idris turut antara yang disebut oleh Zaidi berkaitan dakwaan fitnah yang diterimanya.

@sunnahtidakberbohong

#sampaikankepadaaminidris #ustazustazahviral

? bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin

Sekadar info, Siti Afifah sebelum ini pernah dikritik warganet apabila melabelkan para suami sebagai dayus sekiranya membiarkan isteri mereka bersalin di hadapan doktor lelaki.

Selain itu, Siti Afifah juga pernah berkata, hukum mengambil ubat tahan sakit (painkiller) adalah haram kerana bercanggah dengan hukum Islam.

1 year ago

"Nabi Pun Makan Ubat" - Dakwa Orang Makan 'Painkiller' Akan Masuk Neraka, Amin Idris 'Bahasakan' Ustazah Afifah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...