Tuduh Aktivis Wanita Curi Bantuan Mangsa Banjir, Nabila Huda Bakal Disaman Fitnah

Hiburan

Tuduh Aktivis Wanita Curi Bantuan Mangsa Banjir, Nabila Huda Bakal Disaman Fitnah

Pelakon dan juga personaliti TV, Nabila Huda khabarnya bakal berdepan tindakan undang-undang saman fitnah daripada seorang wanita yang juga aktivis kemasyarakatan.

Aktivis, Fatimah Zaharah Rahim mendakwa Nabila telah sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi Instagram dan Twitter sehingga menimbulkan fitnah dan salah faham terhadap dirinya.

Advertisement

Fatimah kemudiannya melantik barisan peguam yang terdiri daripada Datuk Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli bagi tujuan saman fitnah terhadap pengacara program hiburan Melodi itu.

Ujar Nurul Hafidzah, mereka akan meneliti dan mengkaji tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap pengacara itu.

Isu ini timbul selepas Nabila Huda memuat naik kenyataan yang menuduh anak guam saya mengambil bantuan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.

Perkongsian pelakon itu sudah menjadi viral dan menjejaskan reputasi anak guam saya.

Katanya lagi, Fatimah memandang serius penyebaran berita palsu dan fitnah yang terjadi di media sosial itu dan menganggap ianya sebagai satu sikap tidak bertanggungjawab tambahan status Nabila sebagai seorang selebriti dan mempunyai ramai pengikut.

Pada 25 Disember lalu,  Nabila Huda telah mengkritik tindakan seorang aktivis wanita yang didakwa mengambil kesempatan terhadap bantuan yang disalurkan kepada orang ramai.

Perkongsian tersebut difahamkan telah dimuat naik di aplikasi Twitter dan menerima hampir ribuan ulang kicau dan komen, namun dipadam oleh Nabila tidak lama kemudian.

Nabila Huda
11 bulan lalu

"Sepatutnya Sudah Mati Lama Dahulu.." - Nabila Huda Maklum Hidupnya Kini Lebih Bahagia Dan Gembira

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    January 20, 2022 at 1:49 pm

    Bukan kaleng2 peguam die guna ni, mmg masak la anda ?

  2. Anonymous

    January 20, 2022 at 1:49 pm

    Bukan kaleng2 peguam die guna ni, mmg masak la anda ?

  3. Anonymous

    January 20, 2022 at 12:18 pm

    All i can said to nabila huda, is PADAN MUKA.. selama ni kes adik balqis ko sebok bukak pekong die… Terime la

Loading...